Bekas CEO Petronas dilantik Pengerusi DRB-HICOM - Utusan Malaysia

Bekas CEO Petronas dilantik Pengerusi DRB-HICOM

Wan Zulkiflee Wan Ariffin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Presi­den dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) baharu berkuat kuasa 1 September ini.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Wan Zulkiflee menggantikan Datuk Mohammad Zainal Shaari yang meletak jawatan berkuat kuasa 31 Ogos ini.

Beliau berkata, Wan Zulkiflee sebelum ini merupakan Presi­den dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dari April 2015 hingga Jun 2020.

“Beliau mempunyai pengalaman luas dalam sektor minyak dan gas dan ketika ini meme­gang jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd. dan Malaysia Aviation Group Bhd. sejak 1 Julai lalu.

“Wan Zulkiflee memulakan kerjayanya di Petronas pada 1983 sebagai jurutera proses yang terbabit dalam pembangunan beberapa loji pemprosesan gas. Beliau memegang pelbagai jawatan dalam Kumpulan Petronas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wan Zulkiflee juga meme­gang pelbagai jawatan di agensi peringkat global dan serantau sebagai ahli Stewardship Board of System Initiative on Shaping the Future of Energy, Forum Ekonomi Dunia (WEF), ahli WEF Oil and Gas Governors Forum dan WEF Oil and Gas Industry Action Group serta ahli Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan Majlis Penasihat Perniagaan (ABAC).

Syed Faisal berkata, pihak­nya yakin dengan kepimpinan Wan Zulkiflle yang berkaliber tinggi dalam memajukan strategi dan fokus Kumpulan pada masa ini.

Dalam pada itu, katanya, Mohammad Zainal telah memainkan peranan dalam meningkatkan prestasi Kumpulan.

“Ini terbukti, apabila kumpulan kembali membuat keuntu­ngan bermula tahun kewangan 31 Mac 2019 di bawah seliaan beliau, setelah kerugian tiga tahun berturut-turut,” katanya.

Dalam pada itu, DRB-Hicom mengumumkan pendapatan sebanyak RM4.74 bilion bagi tempoh separuh pertama tahun kewangan 2020, sekali lagi dipacu oleh sektor automotif Kumpulan.

Kerugian sebelum cukai kumpulan pula berjumlah RM551.11 juta bagi tempoh dilaporkan.

Bagi tempoh suku kedua 2020 berakhir 30 Jun, Kumpulan merekodkan perolehan sebanyak RM2 bilion, dengan kerugian sebelum cukai seba­nyak RM365.8 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya