Residensi SIGC tawar kediaman umpama resort - Utusan Malaysia

Residensi SIGC tawar kediaman umpama resort

Kediaman Residensi SIGC mampu membantu memberikan keseimbangan buat pemiliknya dalam soal kerja, gaya hidup dan keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi sesiapa yang mengimpikan kediaman dengan suasana aman damai seumpama berada di resort berkelas dunia, Residensi Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) adalah tempatnya.

Terletak dalam lapangan golf seluas 41 ekar, Residensi SIGC yang dibangunkan syarikat hartanah terkemuka, Matrix Concepts Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya kawasan kediaman golf di ibu negeri Negeri Sembilan itu.

Model kediaman baharu yang diperkenalkan iaitu Irama bagi fasa 1B merupakan rumah teres dua tingkat kategori ‘superlink’ dengan saiz 24×80 di atas tanah berkeluasan 2,988 kaki persegi.

Fasa 1B Irama yang dilengkapkan dengan empat+satu bilik tidur dan empat bilik mandi sekali gus memberi keselesaan kepada pembeli.

Selain kawasan perumahan moden dan tidak sesak, pembeli Irama Fasa 1B ini juga bakal menikmati fasiliti terbaik seperti rumah kelab peribadi eksklusif yang menempatkan gimnasium, kolam renang dan kawasan barbeku di samping taman permainan kanak-kanak, gelanggang bola keranjang, surau serta dikelilingi kawasan tasik yang indah.

Walaupun menekankan gaya kehidupan seperti berada di resort tetapi Residensi SIGC turut menawarkan reka bentuk kediaman moden beserta teknologi terbaharu termasuk fasiliti keselamatan selama 24 jam tanpa henti.

Lebih menarik, kediaman itu turut berada dalam kawasan strategik berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti kawasan rekreasi, hab komersial dan pusat beli-belah di Seremban selain kurang daripada satu kilometer daripada Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas).

Tidak dilupakan, Residensi SIGC turut berada berhampiran dengan pelbagai jenis restoran terkenal di Seremban bagi memudahkan penduduk menikmati sendiri keenakan makanan yang terdapat di Negeri Sembilan.

Kemudahan kolam renang berlatar belakangkan lapangan golf kelas antarabangsa memberikan pengalaman unik buat penduduk Residensi SIGC.

Bayangkan tempat tinggal anda ialah sebuah resort percutian. Dilengkapi sebuah rumah kelab persendirian yang eksklusif, dengan kemudahan kolam renang dan amfiteater. Sebuah taman rekreasi dengan kehadiran tasik di dalamnya terletak berdekatan serta menjadi lokasi kegemaran anda dan orang tersayang beriadah atau sekadar berehat bersama pada sebelah petang.

Paling istimewa dan pastinya sukar didapati di resort yang bertaraf biasa-biasa ialah sebuah padang golf berkelas dunia yang terletak betul-betul bersebelahan taman perumahan anda.

Pembangunan Residensi SIGC memfokuskan kepada pembinaan kediaman ala resort percutian, dengan pelbagai kemudahan untuk berlibur dan bersantai.

Impian untuk memiliki sebuah kediaman ibarat penginapan di resort ini mampu menjadi kenyataan menerusi Residensi SIGC, Seremban, hasil daripada visi dan pandangan jauh pemaju terkemuka, Matrix Concepts Sdn. Bhd.

Projek perumahan seluas 41 ekar (16.59 hektar) itu dibangunkan dengan mengutamakan keselesaan dan kemudahan pemilik dengan berkonsepkan kehidupan seakan-akan tinggal di sebuah resort mewah.

Kemudahan lapangan golf 18 lubang SIGC antara daya tarik utama Residensi SIGC.

Buat peminat sukan golf, daya tarik utama Residensi SIGC pastinya Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) yang terletak bersebelahan perumahan berkenaan.

Buat mereka yang kurang berminat dengan sukan tersebut, pemandangan indah lapangan golf 18 lubang yang dapat dilihat dari kawasan perumahan anda pastinya memberi satu nilai estetika
tersendiri.

Residensi SIGC juga tidak mengabaikan penyediaan kemudahan serta fasiliti lengkap untuk kegunaan penduduk. Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif, terdapat rumah kelab dengan kolam renang, gimnasium, gelanggang futsal dan bola keranjang, serta trek joging.

Aktiviti santai sambil mengeratkan hubungan dengan orang tersayang juga mudah dilakukan dengan penyediaan ruang barbeku, amfiteater, taman permainan kanak-kanak, taman rekreasi dengan tasik, gazebo, padang dan surau.

Irama, penawaran baharu di Residensi SIGC Seremban.

Residensi SIGC kini menawarkan kediaman terbaharu; Irama. Rumah jenis superlink dua tingkat dengan luas binaan 2,988 kaki persegi (277.59 meter persegi) itu mempunyai 4+1 bilik tidur serta empat bilik air. Ia menyediakan ruang yang cukup luas dan selesa untuk didiami seisi keluarga berbilang generasi.

Pintu masuk Residensi SIGC dilengkapi pondok pengawal yang beroperasi 24 jam sehari.

Dengan reka bentuk yang menyediakan kadar kepadatan rendah, soal keselamatan sangat dititik beratkan di Residensi SIGC. Penyediaan sekuriti 24 jam dengan pondok pengawal di pintu masuk,
akses kad, sistem interkom dan kamera litar tertutup yang ditempatkan di sepanjang perimeter Residensi SIGC memberikan kawalan keselamatan sempurna untuk ketenangan minda pemilik.

Kedudukan strategik Residensi SIGC memberikan pemiliknya akses mudah kepada pelbagai kemudahan asas penting.

Pembangunan kediaman yang betapa baik sekalipun tidak akan sempurna sekiranya tidak dilengkapi lokasi yang strategik. Dalam soal ini, Residensi SIGC terletak kurang satu kilometer daripada
Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) serta jalan utama menuju ke Bandaraya Seremban dan Senawang.

Ia juga dikelilingi pelbagai kemudahan termasuk hab komersial, pusat beli belah dan pusat rekreasi. Melengkapkan potensinya sebagai sebuah kediaman ala resort ialah kedudukannya yang berdekatan dengan pelbagai tempat tumpuan pelancong dan penduduk tempatan, termasuk Galeri Diraja Tuanku Jaafar, Jelita Ostrich Farm, Muzium Negeri Sembilan dan resort The Shorea serta De Serinity.

Lokasi menarik buat penggemar makanan berdekatan SIGC Residensi pula ialah Ijan Station Corner, Nasi Arab Damsyik, Popia Kuala Kangsar, Man Tomyam, Leha World Nasi Campur dan Cendol Haji Shariff.

Kediaman Residensi SIGC mampu membantu memberikan keseimbangan buat pemiliknya dalam soal kerja, gaya hidup dan keluarga.

Meskipun pembangunan Residensi SIGC berteraskan kepada kehidupan di kediaman ala resort, ia pada masa sama menggunakan reka bentuk moden serta teknologi terkini bagi memastikan
kelestarian alam semula jadi di kawasan persekitarannya, dalam mencari keseimbangan sempurna antara ruang dan keselesaan pemilik.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut berhubung penawaran Irama Residensi SIGC Seremban boleh melayari laman www.residensisigc.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya