PMB Tijari tiada masalah NPF - Utusan Malaysia

PMB Tijari tiada masalah NPF

Wan Sazriz Wan Zaid bersama dua usahawan yang menerima pembiayaan PMB Tijari, Pengarah Eksekutif NSS IT Solution Sdn Bhd, Mohd Aidy Hisyam Abdullah (kiri) dan Pengarah Eksekutif Enviro Exceltech Sdn Bhd, Mohd Azuan Ghazali di Kuala Lumpur, semalam. -GAMBAR FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Pelaburan Mara Bhd. (PMB), PMB Tijari Bhd. menjangkakan tidak berhadapan masalah ­kenaikan kadar nisbah pembiayaan tidak berbayar (NPF) ­selepas bera­khirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan, Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Tijari, Wan Sazriz Wan Zaid berkata, walaupun institusi kewangan itu tidak mengikuti garis panduan moratorium yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM), namun PMB Tijari masih mengikuti perkembangan setiap usahawan yang mendapat manfaat daripada ­institusi tersebut.

Katanya, PMB Tijari sangat bertolak ansur dan memahami masalah yang dihadapi pe­minjam terutama selepas pelaksanaan PKP sebelum ini dan kedudukan ekonomi yang tidak menentu.

“Setakat ini dari segi kadar NPF adalah sangat minimum sebab kita pun faham masalah dihadapi peminjam. Proses pemulihan dana adalah peringkat terakhir dan kita pun tidak mahu sehingga ke tahap saman yang akhirnya menyebabkan syarikat itu terpaksa muflis.

“Kita akan sentiasa bekerjasama kerana kita mahu pembayaran semula itu berlaku. Apa yang betul-betul bermasalah mungkin dalam tiga peratus sahaja,” katanya kepada pem­berita di sini semalam.

Menurut beliau, pihaknya telah meneliti semula portfolio peminjam selepas proses PKP ini dan lihat segala kontrak serta projek yang sedang mereka laksanakan berjalan dengan lancar.

“Jadi, saya lihat tiada masalah dari segi itu (pembayaran balik),” katanya .

Dalam pada itu, Wan Sazriz berkata, PMB Tijari akan memberi tumpuan memberi pem­biayaan kepada sektor yang menerima kesan besar daripada PKP dan penularan Covid-19.

Antara sektor yang akan diberi perhatian, kata Wan Sazriz, termasuk sektor automotif, rel, pembinaan, minyak dan gas serta logistik yang menerima impak negatif sepanjang pelaksanaan PKP.

“Tahun ini, kami menyasarkan untuk memberi peruntukan sebanyak RM100 juta dengan 40 peratus telah pun diberikan ­kepada enam syarikat.

“PMB Tijari juga berhasrat untuk meningkatkan peruntukan pembiayaan sehingga RM10 juta kepada usahawan terlibat berbanding RM500,000 hingga RM5 juta sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya