Covid-19: Kes positif terus menurun; Lembah Klang catat 890 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif terus menurun; Lembah Klang catat 890 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,608 kes berbanding kelmarin, 1,924 kes sekali gus diatasi 2,352 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 545 kes diikuti Kuala Lumpur (314), Perak (141) dan Sabah (135).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Negeri Sembilan (79), Pulau Pinang (77),Kedah (54), Sarawak (52), Johor (49), Melaka (42), Putrajaya (31), Kelantan (29), Pahang (28), Terengganu (21) dan Perlis (11). Hanya Labuan tidak mencatatkan sebarang kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 342 orang berbanding kelmarin, 343 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 51 kes bersamaan jumlah kelmarin.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 29 kes berbanding jumlah kelmarin, 28 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 14 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,079 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan dua kes berbanding jumlah kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,350 kes. Satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,731 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya