Covid-19: 11 negeri catat bawah 100 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: 11 negeri catat bawah 100 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,127 kes berbanding kelmarin, 2,130 kes sekali gus mengatasi 1,390 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 897 kes diikuti Kuala Lumpur (482), Pulau Pinang (153), Perak (137), Sabah (127), Melaka (79) dan Negeri Sembilan (72).

Ini diikuti Johor (40), Kedah (36), Sarawak (31),Putrajaya (26), Pahang (19), Terengganu (16), Kelantan (11), Perlis (1) dan Labuan, sifar kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan seramai 458 orang berbanding kelmarin, 490 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 23 kes, berbanding jumlah semalam 35 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 16 kes berbanding jumlah kelmarin, 19 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, satu kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,732 kes. Selain itu, sifar kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,579 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya