1 lagi kes Omicron di Malaysia - Utusan Malaysia

1 lagi kes Omicron di Malaysia

KHAIRY Jamaluddin ketika sidang akhbar di Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu kes Covid-19 membabitkan varian Omicron dikesan di Malaysia, menjadikan jumlah kumulatif kes yang dikesan di negara ini adalah sebanyak dua kes.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, ia dikesan pada 14 Disember lalu di Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) setelah menjalankan ujian ke atas 52 sampel yang dikesan positif Covid-19 dalam kalangan pengembara.

“Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian ke atas 52 sampel daripada 52 kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara dari 6 sehingga 10 Disember.

“Daripada jumlah ini, satu sampel menunjukkan berkemungkinan rujukan genom yang dijalankan selanjutnya ke atas sampel tersebut, telah disahkan varian Omicron pada 14 Disember. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dikesan varian di Malaysia adalah sebanyak dua kes.

“Kedua-dua kes merupakan jangkitan import dari luar negara. Kes yang baru ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun warganegara Malaysia yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya