Pfizer, Sinovac, AstraZeneca diluluskan sebagai dos penggalak - Utusan Malaysia

Pfizer, Sinovac, AstraZeneca diluluskan sebagai dos penggalak

SEORANG kanak-kanak menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Quito, Ecuador. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, CoronaVac keluaran Sinovac/Pharmaniaga Lifescience dan AstraZeneca sudah diluluskan untuk digunakan sebagai dos penggalak.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kelulusan itu dilakukan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) maka lanjutan daripada itu, pihak Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) telah mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada beberapa kategori penerima.

Antaranya, semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas dengan keutamaan janji temu diberikan mengikut turutan umur; petugas barisan hadapan; individu dengan komorbiditi; wanita hamil dan keperluan ke luar negara.

“Pelaksanaan pemberian vaksin dos penggalak bagi penerima dos lengkap jenis vaksin adalah bagi penerima vaksin CoronaVac (Sinovac) selepas tiga bulan daripada dos kedua dan disyorkan untuk menerima dos penggalak vaksin Comirnaty (Pfizer) bagi semua peringkat umur atau vaksin AstraZeneca bagi individu berumur 50 tahun dan ke atas.

“Bagi individu yang tidak boleh mengambil vaksin Comirnaty (Pfizer) atau vaksin AstraZeneca sebagai dos penggalak, vaksin CoronaVac (Sinovac) boleh diberikan manakala bagi individu yang memilih untuk mengambil vaksin CoronaVac (Sinovac) sebagai dos penggalak, mereka boleh maklumkan kepada PPV untuk menerima vaksin tersebut. Bagaimanapun, Jawatankuasa Kerja Teknikal masih mengesyorkan untuk menerima vaksin Comirnaty (Pfizer) atau
AstraZeneca sebagai dos penggalak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata, bagi penerima vaksin AstraZeneca pula, mestilah selepas enam bulan daripada dos kedua dan disyorkan untuk menerima dos penggalak vaksin AstraZeneca yang melibatkan semua peringkat umur namun vaksin Comirnaty (Pfizer) juga boleh digunakan.

Katanya, bagi penwrima vaksin lain pula, vaksin Comirnaty (Pfizer), Spikevax (Moderna) dan Convidecia (CanSino) selepas enam bulan daripada dos terakhir manakala vaksin Covilo (Sinopharm) selepas tiga bulan daripada dos kedua.

“Bagi penerima vaksin Janssen (Johnson & Johnson) selepas dua bulan daripada dos terakhir dan disyorkan untuk menerima dos penggalak vaksin Comirnaty (Pfizer) bagi semua peringkat umur atau vaksin AstraZeneca
bagi individu berumur 50 tahun dan ke atas.

“Vaksin dos penggalak diberikan di fasiliti pengamal perubatan
swasta atau di luar fasiliti kesihatan swasta. Dos penggalak juga diberikan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang terpilih serta aktiviti jangkau luar,” katanya.

Beliau berkata, tarikh janji temu untuk dos penggalak bagi individu yang layak akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera atau penerima boleh mendaftar dalam senarai menunggu untuk mendapatkan tarikh janji temu di fasiliti
kesihatan awam dan swasta terpilih.

“Senarai fasiliti kesihatan awam dan swasta yang terlibat dengan pemberian dos penggalak boleh didapati di laman sesawang
KKM iaitu https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19 atau di laman sesawang Protect Health iaitu https://protecthealth.com.my/,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya