3 kluster baharu; 250 kluster aktif - Utusan Malaysia

3 kluster baharu; 250 kluster aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan pertambahan tiga kluster baharu selepas semalam, buat pertama kali mencatatkan tiada kluster dikesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan tiga kluster itu menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 250 kluster. 

“Selain itu, 5,593 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,843 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,143 kes berbanding semalam, 5,162 kes sekali gus mengatasi 4,551 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 526 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 250 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,143 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 126 kes (2.4 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala bakinya, 5,017 kes (97.6 peratus) adalah terdiri daripada 

kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 45 kes berbanding kelmarin, 55 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,676 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 12 daripada 45 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,006 kes. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.