Kluster Covid-19 meningkat semula - Utusan Malaysia

Kluster Covid-19 meningkat semula

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus merekodkan jumlah terbanyak jangkitan kes  baharu dengan pertambahan sembilan daripada 17 kluster Covid-19 hari ini sementara Johor menyumbang kluster terbanyak. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, komuniti merekodkan empat kluster serta kumpulan berisiko tinggi tiga kluster dan satu kluster pendidikan swasta. 

Tempat kerja katanya, Johor mencatatkan empat kluster serta dua di Selangor manakala Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang, masing-masing satu kluster

=”Kluster komuniti pula melibatkan Melaka, Perak, Kelantan dan Johor dengan masing-masing merekodkan satu kluster manakala Pulau Pinang mencatatkan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan Johor, satu kluster pendidikan swasta. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 744 kluster manakala 4,897 kluster yang telah tamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

 Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 8,084 kes berbanding semalam, 7,950 kes sekali gus terus diatasi 12,456 kes sembuh manakala 702 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 367 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 8,084 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 133 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. 

“Bakinya, 7,951 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 68 kes berbanding kelmarin, 103 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,593 kes. 

Sebanyak 12 daripada 68 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,568 kes.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.