Kes Covid-19 di ICU dan ABP menurun - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 di ICU dan ABP menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 64 kes berbanding kelmarin, 74 kes. 

 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,329 kes. 

 

Sebanyak 14 daripada 64 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,514 kes. 

 

Sebanyak 759 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 408 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,490 orang. 

 

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 7,373 kes berbanding semalam, 8,743 kes sekali gus terus diatasi 10,959 kes sembuh manakala 762 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 410 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

 

Bagi kluster Covid-19 katanya, komuniti merekodkan pertambahan lima daripada lapan kluster, manakala tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan, masing-masing satu kluster. 

 

“Daripada 7,373 kes harian yang direkodkan, hanya 133 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. 

 

“Bagi kategori satu dan dua, sebanyak 7,240 kes bersamaan 98.2 peratus,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN