Kematian Covid-19 meningkat - Utusan Malaysia

Kematian Covid-19 meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan jumlah kes kematian sebanyak 117 kes meningkat berbanding kelmarin, 76 kes. 

 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi hari ini yang berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my sekali gus menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 26,876 kes. 

 

Sebanyak 16 daripada 117 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,382 kes. 

 

Sebanyak 846 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 441 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 8,243 orang. 

 

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 8,817 kes berbanding semalam, 8,075 kes sekali gus terus diatasi 15,615 kes sembuh. 

 

“Tempat kerja mencatatkan 10 kluster Covid-19 daripada 14 kluster, hari ini, dengan dua komuniti manakala kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan swasta, masing-masing satu kluster,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN