Hanya 108 kes positif adalah kategori tiga, empat dan lima. - Utusan Malaysia

Hanya 108 kes positif adalah kategori tiga, empat dan lima.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus merekodkan jumlah terbanyak dengan pertambahan sembilan daripada 13 kluster Covid-19, hari ini, diikuti tiga komuniti dan satu pendidikan lain. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan tiga di Selangor, dua di Johor manakala Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing satu kluster. 

“Kluster komuniti melibatkan Kelantan, Pahang dan Selangor, masing-masing satu kluster manakala satu kluster pendidikan lain di Putrajaya. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 721 kluster manakala 4,933 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 7,420 kes berbanding semalam, 8,084 kes sekali gus terus diatasi 11,413 kes sembuh manakala 700 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 364 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 7,420 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,, sebanyak 108 kes (1.5 peratus), adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 7,312 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 88 kes berbanding kelmarin, 68 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my. 

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,681 kes. 

Sebanyak 22 daripada 88 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,568 kes. 

Sebanyak 702 kes memerlukan rawatan di ICU manakala 367 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 2,070 orang. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN