40 pesakit Covid-19 di HRPZ II wanita hamil - Utusan Malaysia

40 pesakit Covid-19 di HRPZ II wanita hamil

PESAKIT yang masih menerima rawatan di PKRC Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 40 wanita hamil disahkan positif Covid-19 sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini setakat hari ini.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali berkata, pesakit hamil ditempatkan di wad khas kerana perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan keselamatan ibu dan anak dalam kandungan terjamin.

“Jika ibu sarat mengandung dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat Covid-19, kita terpaksa menjalankan pembedahan segera ke atas pesakit terbabit.

“Langkah itu diambil bagi menyelamatkan ibu dan anak di dalam kandungan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Selasawati berkata, berikutan kes positif Covid-19 semakin meningkat di Kelantan, pihaknya terpaksa menukar fungsi wad-wad sedia ada sebagai wad untuk pesakit Covid-19.

Malah katanya, dewan syarahan HRPZ II juga kini sudah dijadikan wad sementara memandangkan kapasiti pesakit di wad-wad sedia ada sudah mencecah 100 peratus.

“Untuk ICU pula jumlah pesakit sudah mencapai kepada 96 peratus.

“Setiap hari kita terpaksa menambah jumlah katil, manakala katil sedia ada pula dijadikan katil klinikal bagi menempatkan pesakit yang serius,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN