Perincian  apa yang boleh dan tidak semasa PKPD Selangor  - Utusan Malaysia

Perincian  apa yang boleh dan tidak semasa PKPD Selangor 

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa hari ini di Kuala Lumpur dan Selangor menjadi langkah drastik kerajaan susulan trend peningkatan jangkitan Covid-19 selepas sebulan PKP 3.0 dilaksanakan. 

Berikut beberapa ketetapan aktiviti yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang PKPD berkuat kuasa di Selangor: 

1. Perkhidmatan perlu sahaja 

Hanya seorang (1) wakil isi rumah dibenarkan untuk membeli barangan keperluan melibatkan air, elektrik dan tenaga, kesihatan, makanan dan minuman, pembaikan kenderaan serta alat ganti berkaitan, perkakasan kendiri (hardware), keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan, veterinar dan keperluan makanan haiwan, penghantaran makanan, minuman dan bungkusan, sektor perikanan, perladagangan, pertanian, penternakan, perundangan dan kehakiman, perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal, pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir. 

2. Hiburan 

* AKtiviti di kelab makan, pub, panggung wayang, karaoke dan busking sama ada secara tertutup atau terbuka tidak dibenarkan. 

3.Aktiviti sukan 

* Semua aktiviti sukan dan rekreasi tidak dibenarkan dan taman-taman awam ditutup. 

4. Aktiviti pelancongan

* Semua aktiviti pelancongan ke keluar dan masuk, dan di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan. 

5. Aktiviti sosial dan pendidikan 

* Semua majlis rasmi, tidak rasmi kerajaan dan swasta atau sebarang bentuk majlis sosial tidak dibenarkan. Sebarang bentuk seminar, kursus, latihan, kelas atau apa jua aktiviti pendidikan dan pembelajaran. 

6. Sektor ekonomi 

* Semua sektor ekonomi selain daripada yang disenaraikan sebagai Perkhidmatan Perlu tidak dibenarkan. 

7, Lain-lain 

* Sebarang aktiviti yang menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan tidak dibenarkan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya