125 kematian; Selangor, 5,263 kes - Utusan Malaysia

125 kematian; Selangor, 5,263 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 paling tinggi iaitu 11,079 kes sejak pandemik melanda negara awal tahun lalu sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,990 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 125 kematian dicatatkan dengan 972 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 456 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 96,236 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,263 kes diikuti Kuala Lumpur (1,521), Negeri Sembilan (1,033), Kedah (497), Sarawak (472), Johor (406), Perak (329), Melaka (323), Pahang (321), Sabah (239), Pulau Pinang (234) dan Kelantan (211).

Hanya dua wilayah dan satu negeri merekodkan kes dua angka iaitu Terengganu (93), Labuan (60) dan Putrajaya (77) manakala Perlis, sifat kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN