PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 11,618 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 6,377 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 118 kematian dicatatkan dengan 878 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 432 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 101,359 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,051 kes diikuti Kuala Lumpur (1,749), Negeri Sembilan (1,537), Melaka (526), Kedah (504), Pahang (400), Johor (396), Sarawak (289), Sabah (286), Kelantan (236) dan Pulau Pinang (210).
“Hanya dua negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Terengganu (189) dan Perak (164).
“Bakinya pula, Putrajaya (40) dan Labuan (38) manakala Perlis hanya tiga kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE










