Sebuah kampung di Kelantan antara kena PKPD - Utusan Malaysia

Sebuah kampung di Kelantan antara kena PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan antara tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Jumaat hingga 8 Julai ini selepas merekodkan 41 kes positif Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lagi lokaliti  terletak di Sabah iaitu di Kampung Tambulion, Daerah Kota Belud, Bahagian Pantai Barat dan Kampung Kukut, Daerah Beaufort, Bahagian Pedalaman.

 “Kampung Likas, Daerah Kota Kinabalu, Bahagian Pantai Barat pula dilanjutkan PKPD selain lima sub-zon di Labuan bermula pada lusa sehingga Isnin minggu depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Ismail Sabri memaklumkan, sembilan lokaliti lagi di seluruh negara ditamatkan PKPD esok antaranya di Jajahan Tumpat, Kelantan membabitkan Kampung Kutan Tengah, Mukim Wakaf Bharu dan Kampung Ketil, Mukim Pengkalan Kubor ekoran penurunan kes.

Juga ujar beliau, turut ditamatkan PKPD ialah Felda Inas, Daerah Kulai, Johor dan Felda Jengka 7, Daerah Maran, Pahang, manakala di Sarawak melibatkan Kampung Sinar Budi Baru, Bahagian Kuching.

Di Sabah pula membabitkan Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Bahagian Kudat; Taman Wawasan, Daerah Beaufort, Bahagian Pedalaman; Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Ho, Daerah Kinabatangan, Bahagian Sandakan dan Lorong Pasir PUtih, Taman Pasir Putih Fasa 1, Daerah Putatan, Bahagian Pantai Barat. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN