fbpx

Bekas menteri persoal kepentingan beli 500 ‘ambulans tekanan negatif’

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal kepentingan pembelian unit kenderaan ‘negative pressure ambulance’  dalam pelaksanaan darurat ketika ini.

Beliau berkata, pembelian 500 ‘ambulans tekanan negatif’ itu menelan kos yang tinggi mencecah RM300 juta manakala petugas kesihatan pula dalam pakaian peralatan perlindungan diri (PPE)

Katanya, apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah memikirkan cara menurunkan angka kematian akibat Covid-19.

“Penting sangat ke nak beli 500 buah ambulan tekanan negatif dalam darurat ni? Bukan sikit bajetnya, RM300 juta.

“Kakitangan semua dalam PPE penuh… Apa faedahnya?,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) dilapor akan memulakan perolehan lebih banyak unit kenderaan ‘negative pressure ambulance’ bagi mengangkut pesakit Covid-19 ke pusat rawatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ambulans tekanan negatif itu merupakan keperluan penting terutama di lokasi yang mempunyai kes jangkitan tinggi.

‘Negative Pressure Ambulance’ mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutama jenis penyakit bawaan. – UTUSAN ONLINE 

POPULAR

KOSMO! TERKINI