2,881 kes positif; 2,462 kes sembuh; 15 kematian - Utusan Malaysia

2,881 kes positif; 2,462 kes sembuh; 15 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan jumlah kes positif baharu Covid-19 iaitu 2,881 kes berbanding semalam 3,788 kes.

Bagaimanapun jumlah kes baharu itu terus mengatasi kes sembuh iaitu 2,462 kes.

Sebanyak 15 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 29,631 kes berbanding semalam, 29,227 kes manakala kelmarin, 28,093 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 337 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 176 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 759 kes diikuti Sarawak, 445 kes; Kelantan, 442 kes; Kuala Lumpur, 315 kes; Johor, 310 kes; Pulau Pinang, 133 kes; Kedah, 111 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan, 89 kes; Sabah, 64 kes; Perak, 64 kes; Melaka 54 kes; Pahang, 47 kes; Terengganu, 42 kes manakala Labuan, tiga kes serta Putrajaya, tiga kes dan Perlis, sifar kes,; katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN