Tindakan tegas terhadap klinik swasta kenakan caj tinggi - Utusan Malaysia

Tindakan tegas terhadap klinik swasta kenakan caj tinggi

N.V. SUBBAROW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada klinik swasta yang mengenakan caj tinggi bagi menjalankan ujian saringan Covid-19.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata, pada masa ini, klinik swasta mengenakan caj aantara RM220 hingga RM388 bagi ujian RT-PCR dan RM90 hingga RM170 (RTK-Antigen).

“Kita bimbang jika tidak dikawal, caj yang dikenakan klinik swasta untuk ujian saringan Covid-19 akan dikenakan lebih tinggi daripada sepatutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan dalam peringkat kajian untuk mengawal harga ujian saringan RT-PCR di hospital awam dan swasta.

Menurut Subbarow, jika harga ujian saringan itu tidak dikawal pengguna akan terbeban dengan caj berlebihan yang dikenakan oleh klinik swasta.

Apatah lagi, katanya, pengguna sebelum ini juga pernah berdepan dengan masalah harga apabila terdapat peniaga menaikkan harga pelitup muka tanpa kawalan.

“Harga pelitup muka hanya kembali stabil selepas kerajaan mengawal harga barangan berkenaan,” katanya.

Oleh itu, katanya, CAP memohon supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengawal kadar harga ujian saringan Covid-19. – ONLINE DONE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya