Lelaki positif Covid-19 tinggal nota sebelum terjun - Utusan Malaysia

Lelaki positif Covid-19 tinggal nota sebelum terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pesakit Covid-19 sempat meninggalkan nota sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah flat di Bandar Baru Sentul, dua hari lalu.

Lelaki warga tempatan berusia 57 tahun itu kini cedera parah dan koma di hospital.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mangsa dalam keadaan terbaring dan cedera parah di lantai tingkat bawah flat pada pukul 4.30 petang.

“Kita turut menemukan nota yang ditinggalkan pada badan mangsa menyatakan dia positif Covid-19.

“Mangsa disahkan mengalami cedera di kepala, paru-paru, perut serta patah tangan dan kini dalam keadaan koma di Hospital Kuala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Eng Lai, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh diri.

Beliau turut menyeru orang ramai agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan persekitaran hingga mendatangkan bahaya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya