“Ibu, Fayyadh nak makan roti nanti boleh? Teringin sangat nak makan roti.” Waktu itu, engkau baru sahaja berumur enam tahun. Suara engkau seperti pasir yang belum disentuh angin gurun. Jernih dan jujur. Aku masih ingat pada hari itu, matahari tergantung rendah dan jalan-jalan sempit di kejiranan kita yang berdebu seperti biasa. Fayyadh, engkau duduk di atas lantai rumah. Engkau merapatkan lutut ke dada. Mungkin engkau kesejukkan ketika itu. “Nanti kalau…










