NASIONAL Archives - Page 9353 of 16160 - Utusan Malaysia

NASIONAL

NEW DEHLI 21 Sept. – India sedang merancang untuk membangunkan sistem pengimbasan wajah terbesar di dunia yang dipercayai bakal memberi kejutan kepada kumpulan yang terlalu mementingkan privasi.Ini kerana mereka barangkali menyifatkan ‘gelombang baharu’ itu sebagai pelanggaran hak asasi manusia yang meniru gaya Orwellian. Gulf News Asia melaporkan, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan pembukaan tender bagi proses bidaan pada bulan depan bagi membangunkan sistem yang bakal memusatkan data pengimbasan wajah yang dirakam melalui kamera pengawasan di seluruh India. Sistem berkenaan dikatakan akan dihubungkan terus kepada pangkalan data yang menyimpan data daripada maklumat pasport sehinggalah cap jari seseorang individu itu. Dengan ini, pasukan keselamatan yakin indeks jenayah di negara itu dapat dikurangkan selain membantu mengesan mereka yang hilang atau identiti mayat tanpa berdokumen. Namun sehingga kini, tidak ada banyak maklumat mengenai syarikat yang bakal mendapat tender sistem pengimbasan wajah itu yang akan dikendalikan oleh Yayasan Kebebasan Internet. Dalam mesyuarat bersama Yayasan Kebebasan Internet itu dan kontaktor, beberapa persoalan ditimbulkan termasuk penginterasian data pengesanan wajah sama ada pangkalan data negara berupaya mengesan maklumat individu yang telah menjalani pembedahan plastik.Pun begitu, cadangan tersebut mengundang kebimbangan Pegerakan Keadilan Nasional yang menyifatkan teknologi baharu itu boleh mengundang masalah diskrimasi di negara itu.Ini kerana kata mereka, data integrasi itu akan turut mendedahkan identiti golongan kasta rendah yang meliputi satu perempat daripada populasi keseluruhan penduduk negara itu. -AGENSIIndia bakal bangunkan sistem pengimbas wajah terbesar di dunia

Page 9353 of 16160 1 9,352 9,353 9,354 16,160