Ishiba intai peluang jadi PM Jepun

Ishiba intai peluang jadi PM Jepun

SHIGERU ISHIBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Bekas Menteri Pertahanan Jepun, Shigeru Ishiba mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan pimpinan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang akan diadakan pada 27 September ini, bagi memilih pengganti Perdana Menteri, Fumio Kishida.

Kishida akan meletak jawatan pada September, mengakhiri tempoh tiga tahun sebagai pemimpin Jepun, negara ekonomi keempat terbesar di dunia.

Dalam temu bual dengan Reuters, Ishiba menyokong dasar Bank of Japan untuk menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur, dengan menyatakan dasar normalisasi monetari yang longgar boleh menurunkan harga dan meningkatkan daya saing industri.

Memandangkan LDP adalah parti pemerintah, Presiden parti secara automatik dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun.

Walaupun Ishiba sering berada di tangga teratas dalam tinjauan media sebagai calon Perdana Menteri, nasib beliau bagaimanapun masih samar-samar selepas kalah dalam empat pemilihan LDP sebelum ini.

Selain Ishiba, beberapa lagi calon yang berpotensi menggantikan Kishida ialah bekas Menteri Alam Sekitar, Shinjiro Koizum, Menteri Luar, Yoko Kamikawa dan Menteri Keselamatan Ekonomi, Sanae Takaichi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN