Lelaki warga Singapura didakwa edar 19.04kg kanabis

Lelaki warga Singapura didakwa edar 19.04kg kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki warga Singapura yang ditahan kerana disyaki cuba menyeludup 19.04 kilogram (kg) dadah menerusi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini dua minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Tertuduh, Chen Long, 26, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Norizan Riduan. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 19.04 kilogram di mesin bagasi A, kaunter daftar masuk LTSAS, kira-kira pukul 6.20 pagi, 8 November 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dihukum tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainin Sofiya Azlaini manakala tertuduh diwakili peguam bela, Sivahnanthan Ragava.

Mahkamah menetapkan 26 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki warga Singapura itu ditahan polis bantuan di lapangan terbang berkenaan ketika pemeriksaan di kaunter daftar masuk bersama sebuah bagasi yang dikesan mencurigakan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin, lelaki terbabit mendakwa menerima upah sebanyak 4,000 dolar Singapura (RM12,686.68) bagi tugasan membawa dadah tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini