KUALA LUMPUR: Walaupun bakal melangsungkan pernikahan pada esok, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap menghadirkan diri bagi menyaksikan pembentangan Belanjawan 2027, di Dewan Rakyat hari ini.
Syed Saddiq yang dilihat mengenakan baju Melayu berwarna hitam bakal disatukan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah di Aras 118, Menara Merdeka Maybank, esok.
Syed Saddiq dan Bella turut merancang menganjurkan majlis persandingan dalam bulan sama, selain bakal mengadakan beberapa majlis lain di sini, Muar dan Sabah.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sah bertunang dengan Syed Saddiq dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 Mac lalu.-UTUSAN











