Sambutan Hari Kebangsaan turut diadakan di Dannok

Sambutan Hari Kebangsaan turut diadakan di Dannok

MASYARAKAT Thailand yang menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 sambil membawa Jalur Gemilang di Dannok, Thailand. – IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 turut dimeriahkan masyarakat Thailand apabila pelbagai pihak termasuk pengusaha sekitar Dannok menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, semalam.

Perarakan yang berlangsung di pekan Dannok itu turut di­sertai Pegawai Daerah Sadao, Kritchanat Phonrat dan wakil pihak berkuasa tempatan serta warga beberapa sekolah tempatan.

Penyertaan itu mencerminkan hubungan erat masyarakat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang bukan sahaja berkongsi hubungan ekonomi dan pelancongan malah turut mempunyai pertalian sosial dan budaya yang dekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan perkongsian di media sosial, kemeriahan perarakan turut diiringi kibaran Jalur Gemilang yang mencerminkan penghormatan masyarakat negara jiran.

Sambutan juga menjadi simbol hubungan baik antara kedua-dua negara yang terus diperkukuh menerusi hubu­ngan masyarakat, khususnya komuniti di Kedah dan Songkhla.

Menurut penganjur, ‘Merdeka Day’ dicetuskan sebagai pendekatan baharu sektor swasta di Dannok untuk mempromosikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan, khususnya dalam kalangan pelancong Malaysia.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan apabila sejumlah besar pelancong dari Malaysia hadir sepanjang dua hari penganjuran.

Kehadiran pelancong Malaysia turut memberi limpahan ekonomi kepada pengusaha hotel, restoran dan perniagaan tempatan dengan nilai wang beredar di kawasan berkenaan dianggarkan mencecah puluhan juta baht.

Kawasan Dannok yang terletak berhampiran pintu masuk Malaysia sememangnya banyak bergantung kepada kehadiran pelancong dari negara jiran.

Penganjuran acara berteraskan tarikan khas kepada pelancong Malaysia itu juga dilihat mampu menjadi antara strategi sektor swasta Thailand untuk mempelbagaikan produk pelancongan di Dannok.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini