‘Mereka bertiga sepatutnya daki Langtang Valley sejak 26 Ogos’

‘Mereka bertiga sepatutnya daki Langtang Valley sejak 26 Ogos’

GAMBAR dari kiri Zaki, Adib dan Muhaimin yang dikongsikan pengguna akaun Threads, Emyliatahar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga rakyat Malaysia yang melakukan aktiviti pendakian secara solo di Langtang Valley, Nepal dilaporkan masih gagal dihubungi selepas banjir besar yang melanda negara itu.
Ketiga-tiga mereka yang di­kenali sebagai Zaki, Adib dan Muhaimin dipercayai memulakan pendakian di kawasan berkenaan pada 26 Ogos lalu.

Rakan mereka menerusi per­kongsian di Threads memaklumkan mesej terakhir diterima daripada tiga individu itu pada pukul 10.42 pagi waktu Malaysia manakala lokasi terakhir mereka dikesan adalah berhampiran Bokhe Koshi.

“Tiga orang rakan kami masih belum dapat dihubungi. Mereka bertiga sepatutnya mendaki di Langtang Valley, Nepal sejak 26 Ogos.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesej terakhir diterima pada pukul 10.42 pagi waktu Malaysia dan lokasi terakhir yang dikesan adalah berdekatan Bokhe Koshi. Mohon doakan keselamatan mereka,” katanya kelmarin.

Menurut pengguna akaun Emyliatahar itu, kehilangan ketiga-tiga individu berkenaan sudah dilaporkan kepada Kedutaan Malaysia dan Kementerian Luar.

Bagaimanapun katanya, waris masih menanti sebarang perkembangan mengenai keadaan dan keberadaan mereka.

“Kami sudah melaporkan kehilangan mereka bertiga kepada kedutaan dan Wisma Putra tetapi sejak pukul 8 pagi semalam tadi masih belum ada sebarang berita yang saya atau waris terima daripada pihak di sana.

“Hampir 50 jam berlalu, namun kami masih belum menerima sebarang perkembangan daripada mereka atau kedutaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, solat hajat akan diadakan di Masjid Tengah, Bukit Mertajam bagi mendoakan keselamatan Zaki, Adib dan Muhaimin.

Sebelum ini, Kementerian Lu­ar menerima laporan daripada ahli keluarga, rakan dan majikan berhubung 57 warganegara Malaysia yang masih belum dapat dihubungi semalam susulan banjir besar di Daerah Rasuwa, Nepal.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini