Konflik Selatan Thai: Tahap waspada ATM dipertingkat

Konflik Selatan Thai: Tahap waspada ATM dipertingkat

MALEK RAZAK SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tahap waspada bagi semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan susulan serangan yang menyebabkan lima anggota tentera Thailand terbunuh baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, selain itu tahap kesiapsiagaan semua anggota ATM juga juga berada di tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada keperluan penambahan anggota di kawasan sempadan Malaysia- Thailand.

“Anggota lebih berwaspada sebilang masa, tiada keperluan penambahan anggota setakat ini,” katanya semalam.

Lima anggota tentera Thailand terbunuh semalam selepas diserang di selatan negara itu yang dilanda pemberontakan.

Enam orang awam turut cedera dalam serangan di wilayah Narathiwat, salah satu daripada tiga wilayah majoriti penduduk Islam yang sudah lama berdepan konflik pemberontakan.

Menurut pihak tentera, insiden tersebut merupakan serangan paling berdarah pernah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN