JOHOR BAHRU: Petugas media mula berkumpul seawal pukul 7 pagi di Pusat Penamaan Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Dato’ Onn, di sini.
Kerusi DUN Puteri Wangsa merupakan salah satu daripada beberapa kerusi panas yang menjadi rebutan pelbagai parti politik daripada keseluruhan 56 kerusi DUN dipertandingkan.
Kerusi ini dijangka akan menyaksikan sekurang-kurangnya empat pihak iaitu bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mewakili Pakatan Harapan (PH); Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda); Nicholas Paul Vincent (Parti Bersama Malaysia) dan Teow Chia Ling (Barisan Nasional).
Pada PRN Johor lalu, kerusi ini dimenangi Muda menerusi Presidennya, Amira Aisya Abd. Aziz memenangi kerusi berkenaan menerusi dengan majoriti 7,114 undi dalam saingan enam penjuru. – UTUSAN










