Mangsa kebakaran Kampung Cina terima subsidi sewa rumah dari Kerajaan Kelantan

Mangsa kebakaran Kampung Cina terima subsidi sewa rumah dari Kerajaan Kelantan

MANGSA kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur, Kota Bharu, Kelantan menarik nafas lega apabila Kerajaan Kelantan bersetuju memberikan subsidi sewa rumah kepada mereka buat sementara waktu-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 27 keluarga yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur, di sini pada Isnin lalu menarik nafas lega apabila menerima subsidi bayaran rumah sewa dari Kerajaan Kelantan.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, bayaran bagi tiga bulan pertama merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan mangsa terpelihara.

“Kita amat memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh mangsa dan keluarga mereka susulan kehilangan tempat tinggal serta harta benda dalam kejadian tersebut.

“Pelaksanaan ini akan diselaraskan dan diurus selia oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara teratur dan berkesan kepada keluarga yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu memberitahu, pelbagai bentuk bantuan akan terus dipertimbangkan dan disalurkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan serta kemampuan yang ada.

Katanya, kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan orang ramai yang tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN