SEREMBAN: Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik hantaran berunsur hasutan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan menerusi akaun Facebook miliknya pada 26 Mei lalu. Bagaimanapun, Chegubard, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memuat naik kandungan berunsur hasutan menerusi akaun Facebook miliknya dengan kesalahan…










