94 PATI dihantar pulang, JIM senarai hitam elak kemasukan semula

94 PATI dihantar pulang, JIM senarai hitam elak kemasukan semula

PATI dari tujuh negara melibatkan 82 lelaki dan 12 wanita dihantar pulang ke negara asal oleh JIM Kedah melalui KLIA di Sepang. - IHSAN JIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 94 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari tujuh negara dihantar pulang ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam operasi dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, hari ini.

Kesemua PATI terdiri daripada 82 lelaki dan 12 wanita warganegara Bangladesh, China, Mesir, Kenya, India, Pakistan dan Myanmar itu sebelum ini ditempatkan di Depot Imigresen Belantik, di sini.

Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 termasuk memasuki negara tanpa pas atau permit sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

JIM Kedah memaklumkan, kesemua tahanan terbabit telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

“Sebagai langkah penguatkuasaan berterusan, kesemua PATI yang terlibat turut disenarai hitam dalam sistem JIM bagi menghalang kemasukan semula ke negara ini,” kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, program penghantaran pulang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JIM dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang imigresen serta memastikan warga asing yang berada di negara ini mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

JIM Kedah juga akan meneruskan operasi pengesanan, penahanan dan penghantaran pulang PATI secara berterusan dan menyeluruh bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang negara.

“Langkah itu juga penting bagi memelihara keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman yang berpunca daripada kehadiran warga asing tanpa dokumen sah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN