Warga emas tertekan pedal minyak, kereta rempuh premis perniagaan - Utusan Malaysia

Warga emas tertekan pedal minyak, kereta rempuh premis perniagaan

KEADAAN kenderaan yang terbabas lalu merempuh sebuah premis perniagaan di Kampung Darat, Beseri, Perlis, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas selepas tidak sengaja tertekan pedal minyak ketika membuat pusingan-U sehingga merempuh sebuah premis perniagaan di Kampung Darat, Beseri, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 10.20 pagi membabitkan sebuah kereta jenis Volkswagen Polo.

Mohd Shokri berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun.

“Pemandu itu dipercayai hilang kawalan ketika cuba membuat pusingan U sebelum tersilap menekal pedal minyak dan menyebabkan kenderaan terbabit melanggar sebuah kereta lain jenis Perodua Kancil.

“Ekoran pelanggaran, kereta itu seterusnya merempuh bahagian hadapan premis perniagaan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Shokri berkata, susulan itu, premis perniagaan tersebut turut mengalami kerosakan struktur di bahagian hadapan manakala kedua-dua kenderaan itu turut remuk ekoran dirempuh.

Katanya, bagaimanapun tiada mana-mana pihak mengalami kecederaan serius ekoran kejadian tersebut.

“Kes kini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 [Rule 10 LN) 166/59] kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan tindakan sama tidak melebihi RM300,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN