Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin ada prerogatif panggil mesyuarat DKU Negeri Sembilan

Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin ada prerogatif panggil mesyuarat DKU Negeri Sembilan

WAN AHMAD FAUZI HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin mempunyai prerogatif untuk memanggil mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) tidak membataskan kaedah mesyuarat itu dipanggil.

Pengasas Jurisprudens Watan dan Profesor Madya ISTAC-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, tiada peruntukan dalam UUTKNS yang mensyaratkan hanya Yang Dipertuan Besar (YDPB) mempunyai kuasa memanggil mesyuarat DKU.

Katanya, amalan sedemikian tidak janggal kerana mesyuarat Majlis Raja-Raja boleh dipanggil oleh sejumlah Raja-Raja Melayu.

“Disebabkan UUTKNS tidak membataskan cara mesyuarat DKU dipanggil, maka Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin boleh menggunakan prerogatif yang dijamin dalam Perkara 79 UUTKNS untuk memanggil mesyuarat DKU.

“DKU terdiri daripada lapan ahli tetap yang ditetapkan di bawah UUTKNS iaitu YDPB, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti dan Datuk Shahbandar Sungai Ujong,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan, enam pembesar yang membentuk majoriti ahli DKU Negeri Sembilan hari ini sepakat menetapkan 5 Jun ini sebagai tarikh baharu Sidang Khas DKU yang sepatutnya diadakan semalam.

Mereka menyatakan sangat murka dan kecewa atas kegagalan Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin mematuhi perintah mereka selaku pemerintah bersama (co-ruler) kerajaan Negeri Sembilan serta ahli DKU untuk menguruskan jemputan ke sidang khas berkenaan.

Berikutan itu, para pembesar adat tersebut yang terdiri daripada Undang Luak Sungei Ujong yang didakwa sudah dipecat, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah, Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin berserta Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri dan Datuk

Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid telah bertindak menggantung Raja Norazli sebagai Setiausaha DKU dan akan melantik jawatankuasa khas untuk menguruskan tugas berkenaan.

Wan Ahmad Fauzi yang juga Pakar Perlembagaan ber­kata, mesyuarat DKU akan dipengerusikan oleh YDPB namun sekiranya baginda tidak hadir, ahli DKU boleh memilih seorang dalam kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata, tafsiran bahawa Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin sekadar pembesar adat adalah tidak tepat kerana Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan mereka sebagai Pembesar Memerintah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN