KUALA LUMPUR: Tujuh negeri dan dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 12 tengah hari, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, negeri berkenaan ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Katanya, kawasan yang terbabit ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.
“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Perak di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor kawasan yang terbabit adalah di Sabak Bernam.
“Bagi Sarawak, ia membabitkan Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Miri (Miri). Di Sabah, kawasan yang turut terjejas adalah di Kudat (Kudat),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah METMalaysia , amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN










