Sultan Sharafuddin titah ADUN hayati Rukun Negara

Sultan Sharafuddin titah ADUN hayati Rukun Negara

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan melihat Plak Monumen Rukun Negara terletak di Dataran Selangor, Shah Alam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan wakil rakyat Selangor khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan
bekas Exco Ronnie Liu Tian Khiew mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor di sini, bagi menghayati makna sebenar Rukun Negara.

Baginda menyarankan agar Siew Ki dan Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor seminggu sekali bagi melihat sendiri Plak Monumen Rukun Negara dan menghayati makna sebenar Rukun Negara supaya tahu hormat kepada kedaulatan institusi raja serta menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.

“Khusus ditujukan kepada wakil rakyat Seri Kembangan, Puan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, beta sarankan agar datanglah seminggu
sekali ke Dataran Selangor untuk fahamkan dan hayati makna Rukun Negara.

“Beta juga menyeru kepada semua wakil rakyat Selangor supaya datang sendiri ke Dataran Selangor setiap dua kali sebulan dan membaca serta memahami makna Rukun Negara yang ter
tera pada plak monumen itu,” titah baginda dalam kenyataan di sini, semalam.

Baginda sebelum itu berkenan berangkat ke Dataran Selangor bagi melihat Plak Monumen Rukun Negara yang ditempatkan bertentangan Tiang Bendera Negeri Selangor.

Sultan Sharafuddin bertitah, menerusi plak yang dibina dan dipasang oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor itu, baginda ingin mengimbas kembali dan mengingatkan sejarah wujudnya Rukun Negara.

Segalanya bermula ketika darurat diisytiharkan akibat tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan sebagai badan pemerintah ketika itu berunding bersama anggota-anggotanya untuk melahirkan konsep Rukun Negara sebagai manifestasi ideologi kebangsaan bagi tujuan pengukuhan perpaduan antara kaum di negara ini.

“Beta berharap orang ramai akan berkunjung ke Dataran Selangor khususnya generasi baharu, dapat membaca dan menghayati prinsip-prinsip asas Rukun Negara yang menjadi teras utama kepada perpaduan rakyat Malaysia,” titah baginda.

Sultan Selangor turut menjelaskan, pembinaan dan pemasangan plak dan tempat duduk di kawasan tersebut dibiayai oleh baginda sendiri.

Sultan Sharafuddin semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, menegur sikap segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dan enggan mematuhi titah larangan penternakan babi di Selangor.

Baginda bertitah, meskipun arahan telah dikeluarkan sebelum ini, masih kedengaran rungutan yang mempertikaikan keputusan berkenaan.

Bagaimanapun, Siew Ki semasa membahaskan titah Sultan Selangor itu memohon pertimbangan kerajaan negeri memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.

Beliau dilaporkan berkata, cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara Ronnie Liu pula dilaporkan mencadangkan pen­ternak babi di Selangor memfailkan semakan kehaki­man terhadap larangan Sultan Selangor itu.

Menurut bekas Exco Selangor itu, tindakan tersebut perlu bagi membolehkan mahkamah menentukan kedudukan sebenar berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN