Sultan Ibrahim bersantap bersama keluarga sempena Aidiladha di Istana Bukit Serene - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim bersantap bersama keluarga sempena Aidiladha di Istana Bukit Serene

SULTAN Ibrahim (duduk tiga kiri) bergambar bersama Raja Zarith Sofiah dan anakanda dan cucunda sempena Hari Raya Aidiladha di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bersantap bersama keluarga dan cucunda sempena Hari Raya Aidiladha di Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Berangkat sama, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim; Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami Dato’ Dennis Muhammad Abdullah serta paduka anakanda.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail bersama Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail, Raja dan Tunku Abu Bakar Tunku Ismail berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, di sini bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN