Peluang KJ, Hishammuddin bertanding bergantung faktor boleh menang

Peluang KJ, Hishammuddin bertanding bergantung faktor boleh menang

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peluang untuk mana-mana pemimpin UMNO yang pernah dipecat atau digantung daripada parti itu untuk dicalonkan bertanding pada pilihan raya kelak bergantung kepada faktor kebolehmenangan di sesuatu kawasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, segala ke­putusan akan dibuat selepas parti itu menilai kekuatan calon berdasarkan kemampuan mereka memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Katanya, ketetapan itu turut terpakai kepada nama-nama besar seperti bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Sama ada mereka akan diberi peluang sekali lagi untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, ia bergantung kepada kebolehmenangan di sesuatu kawasan DUN atau Parlimen berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ahmad Zahid dalam pada itu berkata, UMNO belum mempunyai kajian empirikal mengenai impak kemasukan semula pe­mimpin terlibat terhadap parti.

Katanya, mereka juga belum turun ke peringkat akar umbi bagi membuktikan komitmen untuk terus menyumbang kepada perjuangan parti.

“Kami belum ada kajian empirikal mengenai impak itu dan mereka pun belum mula turun ke bawah. Jadi kami harus berlaku adil untuk memperlihatkan komitmen mereka dalam memberikan sumbangan secara berterusan kepada UMNO,” katanya.

Sebelum ini, Khairy memaklumkan beliau menyerahkan kepada kepemimpinan tertinggi UMNO untuk membuat ketetapan berhubung peluang dirinya menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pada PRU tahun 2022, Khairy yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh tewas kepada Datuk Seri R. Ramanan yang mewakili Pakatan Harapan.

Hishammuddin pula berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong pada pilihan raya itu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN