SETIU: Gemersik suara nyaring belalang kerek atau belalang rusa yang biasanya ‘bernyanyi’ di hutan kini menjadi kegilaan peminat serangga itu tanpa mengira usia. Keunikan bunyi belalang rusa diangkat sebagai acara pertandingan apabila permainan tradisional itu dibangkitkan kembali dan menarik tumpuan semua generasi daripada kanak-kanak sehingga warga emas. Seorang peminat, Norazme Mamat, 55, dari Kampung Sungai Lerek di sini berkata, pertandingan belalang kerek sangat popular di negara jiran sebelum dibawa masuk…







