TUMPAT: Hasrat seorang wanita untuk menunaikan ibadah haji yang tertangguh setahun lalu akibat masalah kesihatan, tidak kesampaian apabila dia maut selepas melecur teruk akibat kebakaran rumahnya di Kampung Simpangan di sini, kelmarin. Sha’adah Muhammad, 57, sebelum ini dikatakan tidak sabar untuk ke tanah suci bersama suaminya, Mazelan Daud, 64, iaitu kurang tiga minggu lagi dengan segala persiapan telah pun disempurnakan lebih awal. Menurut Mazelan, isterinya menunjukkan semangat luar biasa untuk…










