PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan segera berhubung isu kerosakan infrastruktur di Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya, Beluran, Sabah. Perdana Menteri berkata, perkara tersebut memerlukan penyelesaian segera demi memastikan kebajikan serta keselesaan murid sentiasa terpelihara. “Perkara sebegini cukup mengesankan. Arahan telah diberikan kepada KPM dan ICU untuk penyelesaian segera. “Keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut…










