Rumah Bangsa diharap dapat tutup ‘luka’ lama - Fathul Bari - Utusan Malaysia

Rumah Bangsa diharap dapat tutup ‘luka’ lama – Fathul Bari

FATHUL Bari Mat Jahya (tiga dari kanan) membuat penyerahan dokumen kepada Ketua Pemuda UMNO Kangar, Saiful Fariddil Jasmi pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan (Empat Peringkat) UMNO Bahagian Kangar di Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Inisiatif Rumah Bangsa diharap dapat menutup luka lama dan menarik semula bekas-bekas ahli UMNO untuk kembali bersama perjuangan parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, beliau difahamkan inisiatif yang digerakkan itu telah membuka ruang seluasnya kepada bekas ahli parti tanpa sebarang syarat.

Beliau berkata, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini juga telah kembali menerusi inisiatif Rumah Bangsa.

“Kita buka satu buku baharu dan kita wujudkan kebersamaan kembali untuk masuk semula ke Putrajaya,” katanya selepas Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan (Empat Peringkat) UMNO Bahagian Kangar di Hotel Putra Regency, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa tokoh politik utama termasuk bekas menteri dan pemimpin yang telah menyertai parti lain selepas dipecat atau digantung daripada UMNO menunjukkan minat kembali menerusi inisiatif Rumah Bangsa.

Selain Khairy dan Hishamudin, perbincangan untuk mem­bawa beberapa tokoh lain juga dikatakan sedang berlangsung.

Setakat ini, UMNO menerima lebih 100 permohonan dan ra­yuan daripada bekas pemimpin serta ahlinya untuk menyertai semula parti itu.

Fathul Bari berkata, bagi konteks Perlis dan Bahagian Kangar, parti itu sememangnya menerima pertambahan ahli baharu pada setiap bulan namun buat masa ini, tiada sebarang kemasukan semula membabitkan bekas ahli.

“Politik di Perlis ini kita tak ada isu sangat, tak ada ramai yang keluar, jadi tak terkesan sangat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN