Dakwaan hilang kepercayaan kepada MB perlu lalui proses sah - Nurul Izzah

Dakwaan hilang kepercayaan kepada MB perlu lalui proses sah – Nurul Izzah

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebarang dakwaan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan perlu melalui proses yang sah berlandaskan sistem demokrasi berperlembagaan bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri terus terpelihara.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, parti itu menyokong agar kerajaan Negeri Sembilan terus berfungsi seperti biasa di bawah kepemimpinan Menteri Besar sehingga sebarang keputusan muktamad ditentukan mengikut proses perlembagaan, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Katanya, dalam sidang akhbar, Menteri Besar telah mempersembahkan kedudukan semasa kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan tuanku telah menitahkan agar pentadbiran negeri diteruskan seperti biasa selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Selaras dengan titah tuanku, PKR menyokong agar kerajaan negeri terus berfungsi seperti biasa di bawah kepemimpinan Menteri Besar, sehingga sebarang keputusan muktamad ditentukan mengikut proses Perlembagaan.

“Sebarang dakwaan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar perlu melalui proses yang sah berlandaskan sistem demokrasi berperlembagaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nurul Izzah berkata, PKR menolak sebarang bentuk percaturan politik yang boleh menghakis kepercayaan rakyat serta mencetuskan ketidaktentuan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN