SEREMBAN: Pengamal media kini sedang berkumpul di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di sini.
Ia difahamkan akan berlangsungnya mesyuarat tergempar membabitkan 17 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.
Mesyuarat itu susulan pengumuman 14 ADUN Barisan Nasional (BN) di negeri ini yang menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin,
Setakat ini kelihatan beberapa orang ADUN telah tiba di kediaman Menteri Besar iaitu ADUN Chennah, Anthony Loke Siew Fook dan ADUN Pilah, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim.-UTUSAN.










