MARANG: Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu menjalankan projek perintis tanaman ubi keledek manis di Kampung Serating di sini, bagi menjana pendapatan ahlinya. Pengerusi persatuan itu, Mohd. Fauzi Mansor berkata, projek tanaman itu yang dimulakan awal tahun ini membabitkan sebanyak 2,000 polibeg anak pokok ubi keledek di kawasan seluas 2.02 hektar. Katanya, projek pertama kali dilaksanakan itu melibatkan tiga peserta untuk permulaan. “Kami pilih tiga peserta iaitu seorang…










