Nelayan disyaki lemas ketika candat sotong - Utusan Malaysia

Nelayan disyaki lemas ketika candat sotong

BOT gentian fiber milik mangsa yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Sepat di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas bot miliknya ditemukan terdampar di pesisir Pantai Sepat di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohd Ishak Ismail, 63, dipercayai keluar ke laut seorang diri untuk mencandat sotong sejak pagi kelmarin sebelum gagal pulang seperti kebiasaannya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.57 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan digerakkan ke lokasi.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada anak mangsa, lelaki itu keluar seorang diri untuk mencandat sotong pada 1 April lalu kira-kira pukul 10 pagi.

Kebiasaannya mangsa akan keluar ke laut pada waktu pagi dan pulang keesokan harinya, namun kali ini dia gagal pulang sebelum botnya ditemukan terdampar di Pantai Sepat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Zulfadli, sehingga kini mangsa belum ditemukan dan operasi pencarian masih diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN