PETALING JAYA: Dakwaan pembeli ditipu dan ditindas ejen jualan kereta terpakai mewujudkan persepsi buruk terhadap industri, menyebabkan kenderaan berkenaan tidak lagi menjadi pilihan pengguna. Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima banyak aduan mengenai tipu helah ejen penjual kenderaan terpakai. Kata beliau, antaranya adalah dakwaan kenderaan dibeli tidak pernah mengalami kemalangan tetapi sebaliknya dan mengubah meter jarak bagi…








