KUALA TERENGGANU: Masalah pendengaran bukan halangan buat seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) mencipta kejayaan cemerlang apabila meraih keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Ahmad Ateef Zhofrab Abdul Majid, 18, pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang di sini, membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk berjaya seperti pelajar lain. Katanya, dia mengalami masalah pendengaran sepenuhnya dan bergantung kepada alat bantuan pendengaran dalam…










