Lombong emas haram diserbu, tiga lelaki lari lintang-pukang

Lombong emas haram diserbu, tiga lelaki lari lintang-pukang

ANGGOTA polis merampas peralatan yang digunakan dalam aktiviti perlombongan haram di Jeli, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Tiga lelaki lari lintang-pukang dengan meninggalkan peralatan yang digunakan untuk melombong emas secara haram selepas aktiviti itu diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Kamaruzaman Harun berkata, hasil pemeriksaan mendapati aktiviti tersebut dilakukan secara tidak sah.

Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan peralatan yang digunakan untuk melombong haram seperti enjin, karpet, paip getah, penyambung paip besi serta peralatan lain.

“Operasi ini dilakukan oleh Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli dengan kerjasama anggota dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Jajahan Negeri Kelantan dibawah Op Intra/Inter Agensi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamaruzaman memberitahu, pihaknya akan terus komited melaksanakan operasi secara berterusan dalam usaha membanteras sebarang bentuk pencerobohan, penyeludupan serta aktiviti haram di kawasan sempadan negara, khususnya di negeri ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN